welcome to my blog , all worm blogs are invited to this blog ^^ , no rules just read , follow , like , and comments . updated daily :) also dont forget to visit my links down there , get in touch ! im friendly okay. #HEARTNANG

Best tak Blog ni ? Subscribe !

Apa Kata Bumi Setelah Kita Masuk Ke Perutnya



Assalamualaikum dan selamat pagi. Budak nerd nak kongsi sikit pasal apa yang terjadi ketika kita di liang lahad nanti :) 

Sebenarnya banyak riwayat menerangkan tentang keadaan mayat yang berada didalam kubur dan apa yang akan berlaku kepada mayat tersebut.

dalam satu riwayat ada menyebut, bahawa apabila mayat seorang mukmin akan diletakkan didalam kuburnya, akan terbukalah baginya dari arah kakinya pintu menuju ke syurga, lalu dikatakan kepadanya.

"lihatlah apa yang disediakan oleh Allah bagimu daripada pahala."

Dan dikatakan juga dari kepalanya suatu pintu lain menuju ke neraka, lalu dikatakan kepadanya:

"Lihatlah apa yang telah dihalangkan Allah kepadamu daripada siksa"kemudian dikatakan kepadanya lagi,  "sekarang tidurlah dengan senang hati."

ketika itu dia akan merasakan tiada lagi sesuatu pun yang lebih dicintainya daripada ketibaan kiamat.

berkata Rasulullah S.A.W " apabila mayat seorang mukmin itu diletakkan pada liang lahadnya maka akan berkata bumi kepadanya:

"sebenarnya kau sangat dicintai selama kau berada diatas dadaku, apa lagi kini kau berada didalam perutku.aku kan tunjukkan kepadamu apa yang akan aku lakukan kepadamu! maka bumi pun melapangkan baginya tempat didalam kuburnya sepanjang mata dapat memandang.

kemudian berkata Rasulullah seterusnya " apabila mayat itu orang kafir bila ianya diletakkan didalam kubur, maka akan datangnya Munkar dan Nakir lalu diduduknya lalu mereka bertanya kepadanya: 

"siapa Tuhanmu? "
si kafir itu menjawab, "aku tidak tahu"
kedua-dua malaikat itu akan berkata lagi kepadanya: "kau tidak tahu? " lalu mereka memukulnya dengan suatu pukulan yang amat dasyat sehingga ia menjadi abu.

kemudian dihidupkan semula dan didudukkan lagi seraya di tanya lagi soalan kepada si kafir, " apa katamu tentang lelaki itu? sikafir akan menjawab, " lelaki yang mana satu?"

berkata kedua-dua malaikat itu kepadanya: "Muhammad s.a.w?"
maka jawabnya, "ramai orang berkata bahawa dia adalah rasul Allah!" lalu dipukul oleh kedua malaikat tadi sehingga pukulan tersebut menjadi abu.

ini adalah sebuah hadis yang betul dan diakui sahih oleh para hafiz, dan sehingga ini belum ada didengar seseorang ulama yang membantahnya. sebaliknya mereka turut sama dalam mencatatnya kedalam kitab-kitab mereka tentang kesahihan hadis tersebut.

ada sesetengah orang menganggap bahawa soal kubur itu hanya berlaku pada tubuh sahaja tanpa roh. tetapi para ulama telah bersetuju untuk menolak pendapat tersebut. dan ada pula yang mengatakan bahawa soal kubur itu hanya pada roh semata-mata tanpa badan.

Ibnu Murrah dan Ibnu Hazn berkata "pendapat itu juga adalah salah sebab hadis-hadis sahih ini banyak yang akan menolak dakwaan tersebut"

kalaulah kiranya soal kubur itu hanya berlaku pada roh sahaja tanpa badan, maka tentulah tiada keistimewaan apa-apa kubur itu bagi roh tersebut.

Para alim dan ulama percaya bahawa sesunggunya si mayat itu apabila mati akan berada didalam nikmat atau seksa, dan demikian itu berlaku ke atas roh dan badannya sekaligus roh itu akan kekal dalam keadaan merasakan nikmat atatu terseksa dan bahawasannya kekadang roh itu berkomunikasi dengan badan , dan ketika itu dia akan merasa nikmat ataupun seksaan.

maka apabila tiba sahaja kiamat yang terbesar, maka semua roh itu akan dikembalikan kepada jasad-jasadnya dan akan bangun dari kubur masing-masing untuk menghadapi tuhan semesta alam.

lepas baca korang comment la , kalau tak pun . like atau follow pun jadi laa . thanks for visiting kawan (:

Bual-bual sini.

sentuhan kamu.